Wednesday, December 9, 2009

Surat Memujuk Kekasih..

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah
kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta
lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu
bersama hamstermu menerjang segala kekusutan
yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti
rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa
laut,beruang kutub, penguin, kambing salji,mee rebus, cendol,
koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan
Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan
Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan
yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh
penternak lipan di Burma.


Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada
penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu
menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara
mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang
angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke
rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap
di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai
sembilu.


Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai
berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa
raya. Sejak itu kausering melarikan diri bila terserempak dengan abang
iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak
kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk
mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang
rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti
sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.


Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau
curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau
terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.


Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan
diatas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang
terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386
ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter
hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.


Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan
biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver,power ranger's,mojako, shin chan,
goku, david lau, halim, jamal, maskot sukma,McDonald's, Superman atau
Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah
Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana
nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan
lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku
tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
sekitar Argentina, selagi kumpulan amuk tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa
penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan
mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau
tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Monday, December 7, 2009

Amalkan SIkap Jangan Putus Asa...............

Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. 

Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut. 

Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. 
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan: 
“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.

Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. 

Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana sesuatu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.

Sunday, December 6, 2009

"Plants"








ptg yg mndamaikan, smntara menunggu final terbuka badminton lelaki di tv 1 ni, aku luangkn masa sejenak..hehe..

aku nak share ttg artwork aku yg lps2 lah k..sikit jak x byk..aku buat sndri tema, iaitu " Plants" stlh dmelayukan mnjadi "Tumbuhan".. :) 

mrk lah yg mnjadi model pegun aku slama mula brjinak2 dlm duni photography ni..aku blajr sndri mcm na mahu mgambil shot melalui angle yg pelbagai...stlh mndpt hasil yg baik dan memuaskan hati, inilah yg dpt aku kongsikn brsama.. ada sentuhan sdkit "post processing" mggunakan photoshop, and its a must for the modern photography..



Saturday, December 5, 2009

Something weird but funny 'bout photography.


superwoman isn't she?? hehe..bygkn dia dpt mmbwa smua gajet yg mgndungi Lens mewah Canon siri 'L-series' jenis telephoto..boleh th berat lens tu, blom lg dslr body tu..haha..


haaa..tilik sapa tu?? hahaha..

seorg jurugambar yg sgt sgt la komited dgn tugasnya.. :)



mesin pencetak bergerak??haha..adakah anda sggup melakuknnya??

lagi seorg jurugmbr yg sgt komited

entah2 ada sang bedal tgh tropong dia dr bwh tu..eeii..serammm...haha..

"Perkhemahan Kem 1 Malaysia..."

AJK Publisiti/Fotografi/Cetakan


penuh semangat!respek la..


foto-foto hari pertama di mana pengambilan murid2 dr stiap sekolah di persisir pntai, aku diamanahkn utk cover sesi trsebut..



garang wooo, jurulatih yg pki vase bebaju kunin ni..






org lain dok bediskas,korg lak mo lelap mata aa..hehe..aku trus shot..





Pada hari kemuncak tersebut, yakni sbg hari penutupan, satu tayangn khas dilakukan di akhir sesi, dimana telah mnyebabkn suasana mnjdi riuh rendah stelah mrk mnyaksikan sndri gelagat mrk melalui tayngn LCD.



menaiki bot laju a.k.a speedboat PPD Meradong..laju gila la..hehe..



aku guna SLR EOS 500 (film)with Nissin n DSLR sponsor oleh BTP Nikon D70's with SB800.



ni nak cerita balik la ttg pgalaman aku bila ditugaskan sebagai photographer rasmi untuk program yg julung2 kali dianjurkan dan dikelola oleh Unit KoKurikulum, Unit HEM/ Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah Meradong.. :).

Perkhemahan Kem "1 Malaysia" murid sekolah rendah peringkat daerah meradong telah dijalankan pada 6 hingga 9 Nov baru-baru ini, bertempat di SK Nanga Stras, Bintangor..

Disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK&SJK Tahun 4,5 dan 6 yang dipilih dari peringkat setiap sekolah..

perjalanan xtvt mmg baik dn lancar cuma mmg keletihan kerana kena cover stiap event selama 4 hari 3 malam tu..apapun ajk photography selaku ajk publisiti jugak ni disertai oleh 2 org lagi, seorg mcm aku, sorg lg atas lagi la,boz kami ni..hehehe..apa punya bhsa la..

hehe..tpt pginapan pon sgt selesa skali, bilik kelas dijadikan sbg markas bekerja dn tpt melelapkn mata..hahaha..siap ada khemah lg,tapi lam kelas..betul jgak, dh nama kem perkhemahan. :D

Thursday, December 3, 2009

xtvt sekolah di akhir semester..


hallo...nak diceritakan, pada bulan lepas, sebelum cuti semester akhir bermula, telah diadakan Pertandingan Kuiz, Safari Membaca di peringkat Sekolah Kebangsaan Tanjung Bundong.. Pertandingan ini terbuka kepada semua tahap 1 dan 2..tahap 1 tu maknanya budak2 darjah 1 sampai 3, manakala tahap 2 budak2 darjah 4 sampai 5.. :)

melalui xtvt inilah dapat memupuk murid2 ni semua minat membaca, membina keyakinan diri dan tabah hati sepnjg mereka digelar sbg "pelajar"..selain menambahkan ilmu pngetahuan, malah dpt menimba pengalaman yg amat bermakna utk bekalan masa hadapan..



"KANAK-KANAK ADALAH MASA DEPAN KITA"

Wednesday, December 2, 2009

Moshi..moshi...Salam Perkenalan!!


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.



salam perkenalan kpd smua warga Malaysia tak mngira darjat, rupa dan usia..salam 1 Malaysia..

apapun, entri aku pd hari ini cuma untuk memperkenalkan diri, tapi cukuplah secara ringkas , tak perlu la nak pjg2 pulak. nama, Syam..tujuan aku mghasilkan blog ni, adalah utk berkongsi sesuatu ttg hobi yg paling aku minati, semestinya PHOTOGRAPHY..dapat jugak aku share dan crita2 skit2..adalah critanya nanti..ni enjen masih sejukkan, kira tunggu temperature ada naik sket, enjen sudah panas, vtec sudah 'bukak'..barulah layan.

So, itu jak yg dpt ku buat tuk ari ni, nantikan update drp aku,kalau aku rajin la..mau carik hasil simpanan 'artwork' dariku yg tak seberapa la, utk tatapan kalian semua..see ya!