Alhamdulillah, ucapan syukur meniti di bibir..pada hari ini, pada tarikh 28 OGOS 2011, bersamaan hari Ahad kita semakin menghampiri sesuatu peristiwa kejayaan yang perlu diraikan setelah berpenat lelah penuh kesabaran sepanjang hampir sebulan..Hari yang dinanti-nantikan itu adalah pada 1 Syawal, Hari Raya Aidil-Fitri di mana seluruh umat islam di seluruh alam jagat ini menyambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Di kesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri yang khilaf ini. Ampunilah segala dosa-dosa di atas keterlanjuran bertitah kata, di sepanjang pergaulan persahabatan yang tidak mengira masa dan ketika. Adakalanya kita tidak menyedari di sebalik gurauan petah berkata, ada yang memendam rasa, terasa hati dan termakan rajuk. Bukanlah niat di hati untuk menyakiti, namun sebagai insan biasa yang sempurna namun masih terlalu banyak kekurangan diri, kita tidak lari daripada membuat kesilapan, entah yang ke beberapa kali, hakikatnya setelah menyedari kekhilafan tersebut, ampun dan maaf segera dipohon.
Sebagai tanda kembali lagi dalam arena penulisan blog yang terasing sepi dimamah usia ini, terimalah nukilan rasa cebisan hati yang tak seberapa daripadaku.