Sunday, August 28, 2011

Raya-raya..



SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 2011

Maaf Zahir dan Batin

Keluhan cebisan hati..



Alhamdulillah, ucapan syukur meniti di bibir..pada hari ini, pada tarikh 28 OGOS 2011, bersamaan hari Ahad kita semakin menghampiri sesuatu peristiwa kejayaan yang perlu diraikan setelah berpenat lelah penuh kesabaran sepanjang hampir sebulan..Hari yang dinanti-nantikan itu adalah pada 1 Syawal, Hari Raya Aidil-Fitri di mana seluruh umat islam di seluruh alam jagat ini menyambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.


Di kesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri yang khilaf ini. Ampunilah segala dosa-dosa di atas keterlanjuran bertitah kata, di sepanjang pergaulan persahabatan yang tidak mengira masa dan ketika. Adakalanya kita tidak menyedari di sebalik gurauan petah berkata, ada yang memendam rasa, terasa hati dan termakan rajuk. Bukanlah niat di hati untuk menyakiti, namun sebagai insan biasa yang sempurna namun masih terlalu banyak kekurangan diri, kita tidak lari daripada membuat kesilapan, entah yang ke beberapa kali, hakikatnya setelah menyedari kekhilafan tersebut, ampun dan maaf segera dipohon. 


Sebagai tanda kembali lagi dalam arena penulisan blog yang terasing sepi dimamah usia ini, terimalah nukilan rasa cebisan hati yang tak seberapa daripadaku.

Assalammualaikum w.b.t

Sunday, April 3, 2011

bacaan doa

Kata-kata semangat


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"


Doa selepas wudu'



Bacaan  Qunut


Bacaan Surah Iftitah 

Surah Al-Fatihah

Bacaan ketika ruku'

Bacaan ketika sujud

Bacaan Tahiyat / Tasyahhud Akhir

Bacaan Selepas Solat

Monday, March 21, 2011

The Reason

( pix lama Aiman Amzar  ketika dia berumur 6 bulan, 2006)

entah mengapa stiap kali aku memandang wajah mulus dan comel anakku ini, perit menerjah, rasa sedih, kasihan d sudut sanubari..bermacam2 dugaan tak henti2 melanda di dlm hdup..dan, dalam keadaan skrg, tiada lain kuharapkan, melainkan berusaha untuk membahagiakan dan menceriakan kembali kehdupan anakku ini.aku tahu, anak kecil ku ini menerima tempias atas apa yg telah berlaku dlm hidup. dek kerana tindakan seseorang yang telah berniat jahat dn kejam tlh merancang utk memusnahkan hidup yg tlh kuusahakan drp hasil titik peluh sendiri slma ini. Ya Allah, berikan aku kekuatan utk mengharungi sgala cabaran mndatang.yg pasti, doa2 org yg teraniaya pasti dimakbulkan Allah SWT..Amin.

-
-
-
-
-
-
I'm not a perfect person



There's many things I wish I didn't do


But I continue learning


I never meant to do those things to you


And so I have to say before I go

That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you


Friday, February 4, 2011

Pergolakan di Mesir

update dari mesir untuk tatapan mereka yang berkenaan

petikan dari blog denaihati.com

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini adalah khidmat masyarakat membantu Rakyat Malaysia di Mesir yang memerlukan bantuan segera Kerajaan Malaysia. Entri adalah sumber daripada entri khas yang dibuat oleh Ariffshah, yanmieonline dan Kak Jie (dengan kebenaran).
Petikan dari blog Kak Jie : Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir. Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar…
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…
pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..
dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle… makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
Petikan dari blog Ariffshah :
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I gothome, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Sahabat baik aku mempunyai dua anak yang sedang menuntut di sebuah Madrasah Tahfiz di Mesir, semuga Allah beri perlindungan ke atas mereka dan seluruh rakyat Malaysia di Mesir.
Jadi apa yang perlu ANDA buat?
1. Kalau ada Twitter, retweet this. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
3. Share this on Facebook.

diharapkan sedikit sumbangan kecil ini mampu menyelamatkan nyawa dan keselamatan rakyat malaysia kita.. amin.

Sunday, January 2, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!


Salam tahun baru 2011 kepada smua..wpun aku sorg2 yg bca blog ni sbnrnya..hehe..xpe, its ok..skdr ruang utkku brcerita dan meluahkan prasaan.

tentng entri arini, msti dh tau kan sbb apa?semcam mnjadi fenomena plak trhdp Negara Malaysia..skrg byk lak awek2 kt FB dok 'like' si goalkeeper Malaysia ala2 Japanese ,Khairul Fahmi Che Mat..:)

wpun ada yg bru tau ttg dunia bola sepak..ekeke..apapun, smgt yg sebeginilah yg smua warga Malaysia nak..buktikan bhwa pasukan bola sepak negara tidak sewenang2nya dperkotak katikkan pasukan bola sepak negara lain spt indon,singapura,thailand,filiphin n bla..bla..bla..buktikan bhwa pasukan Malaysia mampu mengatasi lawan yg mpunyai gelaran 'Gergasi' sekalipun, dgn usaha dan smgt yg x penah padam, sgalanya x mnjadi misi mustahil..



sebentar tadi slps membaca cerita drp pegawai2 bola sepak Malaysia berkenaan lawatan dan kehidupan mereka d indon sepjg saat2 latihan, prtandingn, aku mrasa terharu, kesal malah sakit hati..terharu dgn kesanggpan pemain Malaysia tk meneruskan permainan wpun diugut dgn tomahan dan layanan sgt buruk dan kejam drp krajaan Indon, sakit hati dgn penyokong fanatik yg x bertamadun yg melambangkn sikap majoriti Indon di sana..haish, terbalik plak dgn lyanan drp pihak Malaysia semasa lawatan Indonesia tempoh hari, hotel 5 bintang, sentisa dikawal ketat oelh polis dan tentera..tapi di Indonesia? kontijen Malaysia dibiarkan 'sendirian' sepjg dr terminal sehingga ke hotel penginapan tanpa kawalan drp pihak polis...bygkan..betpa kejam..

aku nak membebel pjg pun x guna, sbb yg penting Malaysia menang penuh bergaya dan pling utama, penuh bermaruah..syabas Malaysia!!! lepas ni aku ingin sgt kontijen Sepak Takraw Malaysia lak melakar sejarah 2011..amin..

Friday, December 31, 2010

Happy New Year..Welcome 2011!


Last day of the year...if you have regrets, forget it..If you have sadness, throw it away..if you have happiness, treasure it..If you have unfinished plan, re-plan it..Tomorrow is New Year, start everything in new. Wish you happy and prosperous year of 2011.

Tuesday, December 14, 2010

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi tinggalkan kiter..
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan, sejuk syahdu masih terasa lagi nih..

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil