Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.
Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.
Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”
teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan:
“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.
Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita.
Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana sesuatu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
No comments:
Post a Comment
jemput-jemputla masuk, meng'komen'kan diri..tengkiu2.. :)