Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah
kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta
lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu
bersama hamstermu menerjang segala kekusutan
yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti
rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa
laut,beruang kutub, penguin, kambing salji,mee rebus, cendol,
koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan
Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan
Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan
yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh
penternak lipan di Burma.
Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada
penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu
menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara
mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang
angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke
rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap
di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai
sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai
berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa
raya. Sejak itu kausering melarikan diri bila terserempak dengan abang
iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak
kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk
mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang
rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti
sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.
Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau
curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau
terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan
diatas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang
terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386
ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter
hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan
biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver,power ranger's,mojako, shin chan,
goku, david lau, halim, jamal, maskot sukma,McDonald's, Superman atau
Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah
Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana
nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan
lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku
tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
sekitar Argentina, selagi kumpulan amuk tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa
penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan
mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau
tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
No comments:
Post a Comment
jemput-jemputla masuk, meng'komen'kan diri..tengkiu2.. :)